Dalam kitab suci agama Islam Mafhum
firman Allah: At-Taubah 009:70. Bukankah telah datang kepada mereka
berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, yaitu kaum Nabi Nuh
dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan
serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang
kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas
nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka),
Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang
menganiaya diri sendiri.
Jonathan Gray dalam bukunya berjudul Dead Men’s Secret ada mencatat:
“Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi
canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini
telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan
perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan
Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung
Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari
sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal
mereka.
Teori
evolusi (ciptaan Darwin) tidak dapat bertahan bila berdepan dengan
fakta ini. Bukti-bukti wujudnya bandar-bandar maju dan teknologi maju
zaman silam sukar dinafikan. “Orang gua” boleh memakai baju seperti
kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun
silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan
elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi
bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal
tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti
ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi
menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di
zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah
memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari
seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah
muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju
dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum
zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas”
(Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang
maju tersebut. Kajian masa kini mendapati bahawa catatan-catatan silam
ini selaras dengan fakta yang sebenar”.
Sebuah tapak bernama Medzamor di Soviet Armenia telah dilaporkan dalam laporan saintifik yang diterbitkan pada tahun 1969. Ia adalah sebuah tapak yang menjadi bukti satu kemajuan teknologi silam yang misteri. Medzamor adalah sebuah tapak yang dipelopori oleh bijakpandai zaman silam. Mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan layak dipanggil ilmu pengetahuan saintifik dan industri. Koriun Megurtchian dari Soviet Union telah menemukan sebuah kilang logam skala besar di tapak ini. Kira-kira 4,500 tahun lampau, satu kaum yang berteknologi tinggi telah menggunakan lebih 200 buah relau untuk menghasilkan berbagai pasu bunga, pisau, mata panah, cincin, gelang dan lain-lain lagi. Tukang-tukang di Medzamor memakai penutup mulut serta sarung tangan bila melakukan kerja-kerja membentuk berbagai bekas yang dibuat dari tembaga, lead, zinc, besi, emas, timah, manganese dan 14 jenis bronze. Mereka juga telah menghasilkan berbagai jenis cat metalik, seramik dan kaca. Pakatan saintis dari Soviet Union, Amerika, Britain, Perancis dan Jerman mengesahkan bahawa beberapa “tweezers” yang ditemui di sana telah dibuat dari besi (steel) bermutu tinggi dan ianya diambil dari lapisan bumi yang berusia 1,000 tahun SM.
Pada
tahun 1965, seorang ahli arkeologi bernama Dragoslav Srejovic telah
menemui binaan misteri di sebuah tapak yang sekarang ini dikenali
sebagai Starveco, terletak di Sungai Danube, sempadan antara Yugoslavia
dan Rumania. Apabila menggali tebing sungai Yogoslavia, pada mulanya
Srejovic menemui sebuah jalan kaum Rom, di bawahnya pula terdapat
serpihan-serpihan tembikar proto-Greek, di bawahnya lagi terdapat
berbagai artifak Neolithic dan Mesolithic. Bila terus menggali, Srejovic
bertemu pula sesuatu yang lebih mengejutkan, iaitu lantai simen. Lebih
spesifik lagi, ianya adalah campuran batu kapur, pasir dan air. Simen
ini dianggap oleh pengkaji sebagai satu kemajuan kimia dan binaan itu
dianggap ribuan tahun lebih maju berbanding zamannya. Permukaan simen
itu telah dibina dengan begitu teliti dan ia merupakan tapak asas binaan
rumah-rumah. Srejovic mendapati bahawa tapak-tapak simen tersebut ada
berlapis-lapis, menunjukkan bahawa bangunan-bangunan telah dibina dan
dibina semula di situ untuk jangkamasa yang tidak diketahui. Namun
terdapat satu persamaan iaitu arah rumah-rumah yang dibina kemudiannya
adalah serupa dengan arah rumah yang dibina sebelumnya. Tamadun yang ada
mempunyai persamaan dengan tamadun yang disangka paling awal iaitu di
Timur Tengah yang hanya bermula beribu-ribu tahun setelah Starveco.
Pada tahun 1847 Henry Layard, seorang ahli arkeologi British telah menemui satu cermin optik ketika membuat penyelidikan di Nimrud, ibu negara Assyria. David Brewster seorang ahli fizik telah meneliti artifak itu dan memaklumkan pada tahun 1853 bahawa ia adalah cermin optik yang bagus buatannya. Sebenarnya terdapat 75 cermin optik seperti ini telah ditemui di kawasan-kawasan bermula dari tengah Turki membawa ke Crete hingga ke Troy.
Pada
tahun 1956, sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah
ditemui di Beth She’arim, barat-daya Galilee. Sebenarnya kaca seberat
itu pun pernah dihasilkan di zaman moden, tapi amat jarang, dan jika
dihasilkan pun, ia hanya untuk tujuan khas, contohnya untuk membina
cermin teleskop yang amat besar. Malah telah ditemui juga dalam piramid
Dahshur yang telah dibina oleh Snefru (2613-2498 SM), sebuah kepingan
kaca berwarna ungu seberat 35 tan.
Kepingan
tembikar (clay tablet) yang ditemui di Babylon telah mencatat mengenai
ujian kehamilan. Ianya melibatkan proses memasukkan satu kapas yang
berisi herba ke faraj wanita berkaitan, dan apabila dikeluarkan semula
dan diletakkan larutan alum, maka kapas itu akan bertukar warna merah
jika wanita itu sedang hamil. Kaum Maya di Amerika Selatan pula tahu
bagaimana untuk menebuk (drill) gigi dan menampalnya menggunakan
penampal logam.
Manusia
telah menjahit pakaian mereka seawal 20,000 SM. Alat-alat yang mereka
gunakan juga sudah ditemui. Kerja-kerja menggali tiga tapak perkuburan
di Sunghir, Rusia pada tahun 1964 menunjukkan bahawa mereka yang ditanam
di situ telahpun memakai topi, baju dan seluar. Kerja menggali sebuah
busut zaman silam di Catal Huruk, tengah Turki telah menemukan sisa
tekstil, dipercayai dari pakaian seorang gadis. Manusia yang tinggal
dalam Gua Spirit di utara Thailand telahpun menanam kekacang dan sayuran
lain sekitar 9,000 SM.
Teknologi
melukis peta telahpun bermula sekurang-kurangnya 12,000 tahun lampau.
Sebuah peta telah ditemui di Mezhirich, Ukraine pada tahun 1966 diukir
di atas gading gajah purba (mammoth). Ianya berusia 10,000 SM dan ia
menunjukkan sebuah sungai dengan sederetan rumah-rumah. Jag tembikar
telah ditemui di Gua Ishigoya, di Honshu, Jepun. Usianya 10,000 SM.
Lain-lain bekas tembikar juga ditemui di situ, dan usianya pula 11,000
SM. Boomerang adalah alat memburu yang mempunyai sifat unik dan
aerodinamik, boomerang yang pertama ditemui telah berusia 21,000 tahun
dan ianya ditemui di Poland, bukan di Australia.
Lampu
minyak telahpun digunakan seawal 20,000 tahun lampau. Ia mungkin telah
digunakan untuk menyuluh operasi pembedahan otak manusia, yang telahpun
bermula pada zaman yang sama. Begitu juga penggunaan pelali
(anesthetics) seperti penggunaan mandrake secara terkawal, yang akan
menyebabkan pesakit tidak bergerak dan tidak merasa sakit.
Lombong
tembaga (rujuk kisah Zulkarnain) zaman silam telah ditemui di Serbia,
Lake Superior di California, Arkansas, New exico, Missouri, Illinois,
Indiana, Georgia, New Jersey dan Ohio. Relau untuk mencairkan besi di
zaman silam juga telah ditemui. Lebih menarik, manganese telah dilombong
di Broken Hill, Zambia. Bukti “carbon dating” mendapati bahawa lombong
ini telah berusia 28,130 tahun.
Ahli
arkeologi yang menggali tapak di New Caledonia dan Isle of Pines di
barat-daya Pasifik telah menemui lebih dari 400 silinder yang dibuat
dari simen. Diameternya 40 hingga 75 inci, panjangnya hingga 100 inci.
Silinder ini telah ditatah dengan silica dan kerikil besi. Kegunaannya
tidak diketahui. Ujian karbon mendapati bahawa usianya sekitar 13,000
tahun.
Terdapat 170,000 batu saluran air bawah tanah di Iran. Terdapat pula satu tangki air di Sri Lanka yang mana keluasan permukaannya adalah sebesar Tasik Geneva. Yang terbesar dari sistem ini bernama Parakrama Samudraya atau Laut Parakrama. Ia adalah tangki air yang amat besar hingga orang akan keliru karena menganggapnya sebuah lautan. Pada tahun 1932 Kapten G.E.H. Wilson telah menulis mengenai satu tamadun silam di Rift Valley, Afrika Timur. Kesan-kesan tamadun ini merentangi Tanganyika, Ethiopia, Uganda, Kenya dan Utara Zimbabwe. Mereka ini ada membina terusan, sistem saliran, jalanraya dan telah juga memesongkan aliran air sebuah sungai.
Pada
tahun 1940, Froelich G. Rainey dan Magnus Marks telah menggali tapak
Neolithic berdekatan Ipiutak di Arctic Circle. Mereka menemui kesan 600
rumah, dan dijangka sebanyak 200 rumah lagi akan ditemui. Mereka telah
menemukan sebuah metropolis zaman silam. Artifak dan kerja tangan yang
ditemui di situ adalah bermutu tinggi. Mereka berpendapat bahawa manusia
yang membina rumah-rumah ini bukanlah bangsa Eskimo tapi datang dari
tempat lain.
Pada
tahun 1988, penyelam-penyelam skuba diketuai oleh Kihachiro Aratake
telah menemui struktur batu yang amat besar di dasar laut berhampiran
pantai Yonaguni, barat-daya Okinawa. Struktur ini berada 75 kaki di
bawah paras laut. Ianya 600 kaki panjang, 450 kaki lebar dan 90 kaki
tinggi. Orang tempatan menganggap ianya adalah semulajadi. Profesor
Masaki Kimura dari Universiti Ryuku, Okinawa telah meneliti struktur ini
dan mendapati bahawa ianya mempunyai 5 lapisan yang jelas, dan
memutuskan bahawa ia tentu telah dibina oleh manusia.
Saya
boleh teruskan catatan-catatan penemuan teknologi silam ini, namun saya
fikir cukuplah catatan-catatan di atas untuk berfungsi memperbetulkan
persepsi kita yang mungkin menganggap manusia zaman silam itu adalah
manusia “kuno”. Pada hemat saya, semuanya yang telah dicatat di atas
dapat membuatkan kita merenung betapa lalainya kita dalam mengkaji
makhluk yang bergelar anak-anak Adam ini. Semakin hari semakin banyaklah
bukti yang akan terserlah. Itu sudah tentu.
Mari
kita sama-sama renungkan mafhum firman Allah: Yusuf 012:109. Dan
tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan
orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada
mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak
mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat
orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah)
sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
Sama
ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas,
iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti
dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu
kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu
mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok
itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah
peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama
masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka. Sebenarnya sesuatu
tamadun itu musnah kerana kederhakaan mereka terhadap Allah, sepertimana
yang terjadi kepada kaum Luth, penduduk Pompeii, kaum ‘Ad, kaum Tsamud
dan banyak lagi. Dalam artikel ini kita fokus terhadap kemajuan
teknologi yang telah terdaya dicapai oleh sesebuah tamadun silam dan
mengapa manusia zaman ini sukar percaya bahawa terdapat tamadun yang
amat maju teknologinya di zaman silam.
Saya
berpendapat bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat
satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin
berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir
perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama.
Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi
tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun
silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun
silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun
mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat
mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah,
makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap
bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan
peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci,
barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada
tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding
yang ada pada mereka. Sebahagian dari pengkaji ini tidak mahu menerima
hakikat ini (akibat pengaruh teori Darwin), lantas mencari “alasan”
bahawa sebenarnya teknologi canggih zaman silam itu bukan dipelopori
oleh anak-anak Adam di planet bumi tapi ianya telah diajar oleh “alien”
dari “outer space”. Ini semua berpunca dari kelalaian manusia itu
sendiri kerana tidak mengkaji apakah yang telah diberitakan dalam
kitab-kitab terutamanya Al-Qur’an.
Antara detik ketika yang amat jelas terjadinya “sempadan waktu antara dua tamadun” ialah ketika berlakunya taufan atau banjir besar Nuh a.s. Dan jangan lupa, besar kemungkinan juga telah berlaku sekali lagi pemisahan tamadun ini apabila Zulkarnain membina tembok yang memisahkan kaum Yakjuj dan Makjuj dari penghuni atas muka bumi.
Bagi
kes pertama, iaitu wujudnya “sempadan waktu antara dua tamadun” ketika
berlakunya taufan Nuh a.s. kita dapat saksikan sekarang bagaimana
manusia moden tidak dapat menjelaskan berbagai misteri di sebalik
berbagai penemuan berkaitan teknologi silam. Contohnya, manusia moden
tidak tahu mengapa dan bagaimana piramid dibina. Mereka juga jadi hairan
bila menemukan berbagai lukisan atau artifak yang berbentuk
pesawat-pesawat terbang dalam gua-gua yang diyakini tidak pernah
didatangi apatah lagi dihuni oleh manusia moden. Mereka hairan lagi bila
menemukan bangunan-bangunan teguh lagi canggih yang telah tenggelam di
dasar-dasar laut. Bahkan mereka hairan bagaimanakah umat terdahulu
membina tembok-tembok batu dengan memotong batu-batu besar sebegitu
jitu, dan bagaimanakah batu-batu itu dilekatkan antara satu sama lain.
Sebahagian pengkaji mengambil jalan mudah dengan memberi alasan bahawa
itu adalah “teknologi dari angkasa lepas”.
Bagi
kes kedua, iaitu terbinanya tembok pemisahan tamadun antara kaum Yakjuj
Makjuj dan anak-anak Adam yang berada di atas muka bumi, ianya berlaku
mungkin sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun setelah taufan Nuh a.s. Pada
hemat saya, bagi kes pertama, mungkin kesemua umat silam berteknologi
tinggi itu telah pupus kerana banjir Nuh a.s. telah menenggelamkan
kesemua daratan dan “mungkin” juga mana-mana tempat kediaman di bawah
bumi. Saya catat “mungkin” setelah mengambilkira berita mengenai
“dabbatul ‘ard” iaitu binatang-binatang besar (sebagaimana dinosaur)
yang akan muncul ke permukaan bumi di akhir zaman. Mungkin tidak meleset
jika saya catat di sini bahawa dalam kes kedua ini, ada sebilangan
kecil dari kaum Yakjuj dan Makjuj ini yang sekali-sekala datang ke
permukaan bumi melalui jalan-jalan yang masih tidak diketahui oleh kita
semua. Tapi mereka ini datang ke permukaan bumi hanya dalam tempoh yang
singkat untuk tujuan tertentu, contohnya untuk mencuri sesuatu, atau
menculik haiwan atau manusia, dan beberapa tujuan lain yang tidak kita
ketahui. Tapi di manakah lubang-lubang tempat keluar-masuk kaum Yakjuj
dan Makjuj ini? Sudah pasti bahawa lubang utama tempat mereka datang ke
permukaan bumi telah ditembok oleh Zulkarnain. Namun mereka mungkin
punya lubang-lubang lain untuk keluar, dan ini hanya diketahui oleh
segelintir dari mereka. Mungkin yang segelintir ini adalah dari golongan
yang paling maju teknologinya berbanding yang lain, dan mereka
mempunyai pesawat-pesawat terbang yang canggih.
Ada
juga pendapat yang menyatakan mungkin kaum Yakjuj dan Makjuj ini telah
dikepung dengan tembok dan mereka sebenarnya berada di dimensi lain,
bukan di alam nyata. Saya berpendapat bahawa mereka ini adalah makhluk
alam nyata, dan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam a.s., bukan dari
golongan jin. Mereka hidup beranak-pinak sebagaimana anak-anak Adam di
permukaan bumi, tapi mungkin rupa mereka agak berlainan kerana beberapa
faktor. Pertama kerana makanan yang mereka makan adalah terdiri dari
haiwan atau tumbuhan yang kurang mendapat cahaya matahari. Kedua kerana
faktor oksigen dan kandungan galian yang terdapat pada air yang ada di
bawah bumi. Andai ditemui makhluk yang botak, atau tiada berbulu roma,
matanya agak besar, kulitnya agak kehijauan, maka ada kemungkinan mereka
ini datang dari satu tempat yang jarang terdedah kepada cahaya matahari
dan mungkin inilah gambaran kaum Yakjuj dan Makjuj yang masih menjadi
misteri hingga ke saat artikel ini ditulis. Telah banyak laporan (sama
ada benar atau tidak, sukar untuk ditentukan) terserempaknya anak-anak
Adam di atas muka bumi ini dengan makhluk yang seperti itu (digelar
Grey). Mereka ini didakwa datang menaiki pesawat-pesawat terbang.
Pesawat-pesawat terbang ini (kebanyakannya berbentuk piring terbang atau
curut) biasanya dilihat berlegar-legar di sekitar empangan air, sungai
atau laut, dan ianya boleh terbang dengan amat laju. Ada yang melihatnya
masuk ke dalam laut, dan muncul dari dalam laut. Ini semua perlukan
kajian yang selanjutnya dari pakar-pakar.
Apa
pun rupa kaum Yakjuj dan Makjuj tidaklah sepenting hakikat bahawa
mereka ini benar-benar wujud. Malah, hampir pasti bahawa mereka inilah
yang selama ini didakwa oleh Barat sebagai “extra-terresterials” atau
makhluk dari angkasa lepas jika benar kisah-kisah “close-encounters” ini
berlaku. Apa yang mereka makan ketika berada di bawah tanah juga bukan
persoalan yang boleh menyebabkan kita menjadi golongan skeptik. Ini
kerana dalam bumi sendiri terdapat cukup banyak makanan yang boleh
dimakan. Cacing, sebagai contoh, adalah salah satu makanan yang dianggap
berkhasiat untuk manusia, dan ia telah dicatat dalam kitab-kitab lama.
Cuma kita sebagai Muslim di atas muka bumi mempunyai pilihan
makanan-makanan yang jauh lebih menyelerakan dan suci, bukan semata-mata
bersih.
Besar
kemungkinan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah saki-baki keturunan
anak Adam yang masih mewarisi sebahagian besar dari teknologi tamadun
maju sebelum berlakunya taufan Nuh a.s. Dengan menggunakan
teknologi-teknologi tersebut mereka telah melakukan banyak kerosakan di
muka bumi pada zaman silam dan mereka masih membangunkan teknologi
hingga ke saat ini. Untuk memahaminya kita boleh kiaskan dengan apa yang
kita lihat dilakukan oleh Amerika pada waktu sekarang. Mungkin inilah
gambaran yang dilakukan oleh kaum Yakjuj dan Makjuj ke atas kaum yang
meminta pertolongan dari Zulkarnain agar dibina tembok pemisah tersebut.
Kini kaum Yakjuj dan Makjuj mungkin masih melakukan kerosakan di bawah
bumi, cuma kita mungkin tidak tahu bahawa mereka yang menyebabkan
berlakunya sesetengah gempa bumi dan tsunami di permukaan bumi akibat
ledakan bom atau ujian-ujian senjata yang mereka lakukan di bawah sana.
Untuk
renungan bersama: Yunus 010:13. Dan sesungguhnya Kami telah
membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka
berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka
membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman.
Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.
Sumber : http://argakencana.blogspot.com/2010/01/bukti-bukti-teknologi-canggih-manusia.html
Kesuksesan: Misteri Dunia >>>>> Download Now
BalasHapus>>>>> Download Full
Kesuksesan: Misteri Dunia >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Kesuksesan: Misteri Dunia >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK